Showing posts with label Baby's Corner. Show all posts
Showing posts with label Baby's Corner. Show all posts

Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan

Posted by tenangnow on 8:37 PM




Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.

Keistimewaan Produk

  • Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
  • Mengikut kaedah fonetik
  • Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
  • Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
  • Kemahiran diperkenal secara bertahap
  • Illustrasi dan kad imbasan menarik

Penulis / Penyusun Buku

Ustaz Kamal Mahyuddin Harun, yang berkelulusan BA dan MA dalam bidang Usuluddin daripada UM merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dalam pendidikan Islam dan telah menulis lebih daripada 50 tajuk buku pendidikan Islam untuk rujukan sekolah. Sekarang masih mengajar di sekolah YIK dan menjadi Imam merangkap Timbalan Pengerusi Masjid Al-Amin, Kota Bharu.
Kandungan Pakej: 4 Buah Buku, 1 CD Audio (4 buah lagu + Panduan Mengajar Efektif) dan 4 Keping Kad Imbas

Kamal Mahyuddin Harun & Zakiah Yob
RM25

Bacalah Anakku

Posted by tenangnow on 8:36 PM

 
Buku Rancangan Mengajar Bacalah Anakku ini mengandungi langkah-langkah pengajaran secara terperinci dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dilaksanakan berdasarkan susunan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku. Sukatan ini hendaklah dipakai bersama dengan buku aktiviti Bacalah Anakku iaitu Fonetik Ekspres 1 dan Fonetik Ekspres 2 serta buku Permainan Kreatif. Bagi memudahkan pengajaran guru, Rancangan Mengajar ini dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu: Kanak-kanak 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun, dan pelajar program KIA2M di sekolah rendah. Semoga buku ini dapat membantu guru-guru mengajar membaca menggunakan Bacalah Anakku dengan lebih sistematik dan berkesan.
Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
RM10
Mukasurat : 46 Halaman

Belajar Membaca Kaedah Espress-i

Posted by tenangnow on 8:35 PM


Kini belajar membaca dan menulis semakin mudah dan menyeronokkan ! Buku ini adalah pilihan yang tepat! Memperkenalkan kaedah imaginasi dan lenggok bunyi. Tanpa perlu mengeja, dan tidak perlu memperkenalkan sebutan fonetik. Hanya berimaginasi, kuasai lenggok bunyi dan terus sebut sukukatanya! Sungguh mudah dan ekspres!  

Buku Belajar Membaca Kaedah Ekspres-i mengandungi 7 modul. Kaedah yang digunakan dapat membantu kanak-kanak yang baru belajar membaca dan mula mengenal huruf membaca dengan baik dan betul. Selain itu kaedah membaca ini dapat membantu kanak-kanak yang lambat membaca.



Ahmad Jaswadi Mohamed & Norli Madlan
 
RM 25.00
Mukasurat : 128 Halaman

Order Form

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
contact form faq verification image
Web forms generated by 123ContactForm