Change!! Berubahlah!!
Pada tahun 1970-an, banyak sekolah mengalami pelbagai masalah disiplin. Antaranya adalah para pelajar yang datang lambat, tidak membuat kerja sekolah, bersembang dalam kelas, berkelahi, tidak mahu memakai seragam, lari dari sekolah dan merokok dalam tandas sekolah. Pada tahun 2000-an pula, masalah yang melanda berubah menjadi pergaduhan antara sekolah, dadah, vandalisme, mencuri dan seks bebas.
Pada tahun 1980-an, mahasiswa kita yang berada di luar negara melanggan majalah tempatan bagi mengikuti perkembangan berita di tanah air. Mulai akhir tahun 1990-an, mereka tidak perlu lagi melanggan majalah tempatan kerana semua berita dapat dibaca melalui internet.
Sehingga awal tahun 1990-an, perhiasan yang sering terlihat di belakang meja para pengarah dan pengurus adalah Encyclopedia Britannica yang terdiri dari 20 siri yang tebal. Namun pada hari ini, tidak ada lagi yang menggunakan Encyclopedia Britannica kerana semuanya dapat diakses melalui internet.
Pada tahun 2000, Garuda Indonesia menerima penghargaan sebagai ‘Syarikat penerbangan yang menepati waktu’ dari Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam. Pada bulan Oktober 2004, Garuda Indonesia menutup satu-satunya laluan yang masih dimilikinya ke Eropah iaitu Amsterdam dengan alasan laluan ini tidak lagi menguntungkan.
Banyak perubahan yang terus berlaku di dunia. Waktu berubah, susunan masyarakat berubah dan sikap-sikap manusia turut berubah. Contohnya, Osama bin Laden. Suatu waktu dahulu, pihak Amerika Syarikat menganggapnya sebagai seorang pahlawan kerana dia memerangi kuasa komunis iaitu Soviet Union di Afghanistan. Namun apabila perang dingin berlalu, Amerika berubah arah dan sekarang Osama bin Laden menjadi musuh nombor satunya.
Teknologi mengubah segalanya. Ia mengubah mobiliti manusia, jangkauan, wawasan, cara berkomunikasi, cara memimpin dan mengelola sesebuah perusahaan. Apabila ia dapat dikelola dengan baik, ia pasti membawa kesejahteraan. Apabila sebaliknya yang berlaku, ia mungkin berubah menjadi ancaman yang menakutkan. Perubahan memberikan kita banyak pilihan iaitu berubah, mendiamkan diri, melawan ataupun diubah.
Pada tahun 1992, Bill Clinton terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat. Pada waktu itu, dia berusia 42 tahun dan kelihatan jauh lebih muda. Clinton mampu memenangi pilihan raya waktu itu berkat kata-kata yang digunakan dalam kempennya, iaitu perubahan! Ia umpama sebuah kata sakti. Beliau bukan sahaja menang, tetapi berjaya menjadi presiden selama dua penggal walaupun kepimpinannya dicalarkan beberapa skandal besar iaitu Watergate, Lippogate dan Monica Lewinsky.
Pada tahun 2004, seorang menteri kabinet Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono terpilih sebagai Presiden Republik Indonesia berkat tema yang sama, iaitu perubahan! Semua orang seolah-olah hanyut dengan kata sakti ini. Tetapi sedarkah mereka, bukan mudah hendak melakukan perubahan. Bekas presiden Suharto pernah melakukannya dan dapat dilihat hasilnya hingga pada suatu waktu, dia sendiri dianggap menjadi penghalang perubahan itu. Karya besarnya yang ditujukan bagi menanamkan nilai-nilai luhur Pancasila melalui Penataran P4 sepanjang tahun 1980-an, akhirnya mengena dirinya sendiri. (Lihat Bab 12)
Ramai orang dan banyak perusahaan yang berjaya melaksanakan perubahan. Tetapi tidak sedikit juga yang gagal. Pencipta cip komputer Intel berjaya melakukan transformasi daripada mengeluarkan produk cip memori kepada produk mikropemproses. (Lihat Bab 9) Motorola yang berjaya dalam perusahaan telekomunikasi bagi keperluan keselamatan dan ketenteraan terus merintis industri telefon selular analog. Tetapi, ia gagal menguasai pasaran telefon selular digital yang terlebih dahulu dikuasai oleh Nokia dan Ericsson.
Bab 1: Pelbagai Alasan Menuntut Kita Terus Berubah
Bab 2: Melompat ke Lengkok Kedua
Bab 3: Bentuk-bentuk Strategi Perubahan
Bab 4: Teori-teori Perubahan Korporat
Bab 5: Melihat, Bergerak dan Menyelesaikan Perubahan
Bab 6: “Seeing is Believing” ataupun “Believing is Seeing”
Bab 7: Analisis Turnaround
Bab 8: Menghapuskan Kerumitan dan Bekerja Lebih Cepat
Bab 9: Berorientasikan Tindakan
Bab 10: Transformasi Nilai
Bab 11: Menyatukan Nilai-nilai Sub budaya
Bab 12: Menguatkan Budaya Baru
Bab 13: Pesta Perubahan
Bab 14: Menguruskan Harapan
Bab 1Bab 2: Melompat ke Lengkok Kedua
Bab 3: Bentuk-bentuk Strategi Perubahan
Bab 4: Teori-teori Perubahan Korporat
Bab 5: Melihat, Bergerak dan Menyelesaikan Perubahan
Bab 6: “Seeing is Believing” ataupun “Believing is Seeing”
Bab 7: Analisis Turnaround
Bab 8: Menghapuskan Kerumitan dan Bekerja Lebih Cepat
Bab 9: Berorientasikan Tindakan
Bab 10: Transformasi Nilai
Bab 11: Menyatukan Nilai-nilai Sub budaya
Bab 12: Menguatkan Budaya Baru
Bab 13: Pesta Perubahan
Bab 14: Menguruskan Harapan
Pelbagai Alasan Menuntut Kita Terus Berubah
Masalah dalam perubahan hal ehwal manusia adalah ia sukar dikenal pasti
kerana ia berlaku sepanjang masa. Sewaktu perubahan berlaku,
kita sering tidak memahaminya dan apabila kita mula
memahaminya, ia menjadi sejarah.
- Ralf Dahrendorf -
Rhenald Kasali, PhD
RM
Mukasurat : 496 Halaman
RM
Mukasurat : 496 Halaman
0 Responses to "Change!! Berubahlah!!"
Leave A Comment :