Rawatlah Hati

Posted by tenangnow on 9:05 PM


LIKU-LIKU hidup ini tidak cukup indah tanpa melalui sedikit pengalaman getir kerana ia adalah guru terbaik yang mengajar kita nikmat kehidupan. Elakkan luka semalam kekal memenjara hati kerana ini bermakna kita menjadikan ia pemusnah kebahagiaan sedangkan ALLAH itu amat luas rahmat-NYA.

Hati itu adalah raja kepada anggota tubuh. Jagalah, usah dikotori kerana jika daging yang satu itu rosak, maka rosaklah seluruh amalannya. Bersihkan hati dengan me­yakini bahawa ALLAH adalah pembekal kasih sayang, bantuan, kebaikan dan kebahagia­an, Yakinlah bahawa setiap sakit ada ubat­nya, carilah... agar kehidupan menjadi lebih bermakna.


Moga setiap luka ditemui penawarnya di baris-baris yang khusus ditulis untuk anda. Mudah-mudahan RAWATLAH HATI mampu dijadikan ambulans kecemasan sementara me­nanti bantuan yang lebih besar daripada-NYA, yang Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.
Rawatlah Hati mengadun variasi rasa pedas, manis, masam, masin dan pahit:
-Meraih cinta anak pada orang tua
-Membina semula cinta yang pudar
-Memupuk keintiman dengan ILAHI
-Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
-Memerdekakan belenggu di dalam diri
-Menangani emosi dan tekanan perasaan
-Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
-Membuang rasa ego, takbur dan penyakit hati Memaafkan dan mengusir dendam kesumat Menjadi insan sukses; bebas luka, bebas derita.

Dr. Rubiah K.Hamzah
RM20
Mukasurat : 480 Halaman