Secangkir Teh Pengubat Letih

Posted by tenangnow on 12:07 AM



Bumi Ataturk tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Roh Islam masih subur di situ! Itulah perasaan yang akan terzahir apabila menatap naskhah kedua Siri Travelog Tarbiah karangan Ustaz Hasrizal ini. Penulis menumpahkan segala pengalaman beliau di Turki yang juga dianggap rumah kedua selepas Jordan.

Warga Turki masih utuh pegangan akidahnya, para huffaz bertebaran di buminya, ukhuwah islamiah masih membara di dada penghuninya, malah tiada Muslim yang akan rasa terasing apabila bertandang ke sana.

Secangkir teh yang diteguk di bumi Ataturk hari ini, mungkin akan menjadi pengubat letih dan dahaga sehingga hari esok!

Bersama kita selusuri pengalaman kembara seorang insan dalam mencari damai di celah-celah rimbunan mehnah yang mencengkam. Ukhuwah dan kasih sayang, tawa dan air mata – segalanya terangkum di dalamnya...

Antara kandungan:
* Mencari Damai Diri
* Canakkale Ajaibnya Turki
* Secangkir Teh Pengubat Letih
* Orang Berbudi Kita Berbahasa
* Bahasa Yang Pergi…
* Ukhuwah Di Bumi Afyon
* Orang Berbudi Kita Berbahasa
* Sejarah Tua Kaum Muda Berulang Lagi
* Dan banyak lagi…


Hasrizal Abdul Jamil
RM25
Mukasurat : 267 Halaman