Khazanah Kehidupan

Posted by tenangnow on 9:04 PM





Perjalanan yang jauh akan terasa dekat jika persediaan untuk mengharunginya dilakukan. Perjalanan yang dekat akan terasa perit jika persediaan untuk mengharunginya tidak dipedulikan. Setiap anak Adam yang lahir pasti akan melalui suatu perjalanan kehidupan yang panjang. Ilmu dan pengalaman sahaja bekalan yang paling hebat untuk menempuhnya. Manusia seringkali gagal mengambil pelajaran dalam rutin harian mereka. Pada setiap hari yang berlalu, terlalu banyak hikmah yang tuhan berikan melalui peristiwa-peristiwa kecil yang selalu dianggap remeh. Akibatnya manusia terus menerus melakukan kesilapan yang sama bahkan terlepas begitu banyak pengajaran yang sangat berharga.  'Khazanah Kehidupan' merupakan sebuah buku motivasi yang mengandungi 99 kata-kata hikmat yang diambil melalui pemerhatian dan pengalaman penulis sendiri. 

Sesuai untuk dibaca setiap lapisan masyarakat sama ada pelajar atau pun golongan profesional.

RM24
Mukasurat : 105 Halaman