Aku, Buku dan Cinta

Posted by tenangnow on 9:01 PM

Reformat Hatimu Dalam 354 Hari

Posted by tenangnow on 9:01 PM


Dalam kehidupan kita setiap hari, kita banyak berurusan dengan hati. Baik atau buruk manusia ditentukan oleh hatinya.
Antara perkara penting yang dibincangkan dalam buku ini ialah:-
1. Ada apa dengan hati?
2. Bagaimana mahu melakukan servis dan pemulihan hati?
3. Mencari rahsia kunci kebaikan hati.
4. Bagaimana mahu menjadi baik hati sehingga mati?
5. Apakah harus dilakukan jika hati menjadi sedih?
6. Bagaimana mahu mengelakkan diri menjadi ‘raja hati’?

Sebenarnya, semua yang sudah kita bicarakan di atas adalah

H – Harapan
A – Agama (akidah)
T – Takwa
I – Ilmu
... itulah hati.

Norudin Draman
 RM18
 Mukasurat : 239 Halaman

Bila Pintu Hati Terbuka

Posted by tenangnow on 9:00 PM


 
Hati milik ALLAH dan diamanahkan buat kita. DIA akan memberi cahaya kepada hati kita jika kita memeliharanya. Hati perlu sentiasa digilap agar bersih dan bercahaya. Andai kita cetek ilmu, maka belajarlah dan hadiri majlis ilmu. Mengapa dibiarkan hidup dalam kejahilan dan serik dengan kegagalan? Bawalah semangat ombak dalam diri; setiap kali jatuh, akan bangkit kembali tanpa jemu.
Ketahuilah bahawa tika jendela hati terbuka, tiada tembok konkrit yang mampu menghalang kejayaan. Kita ada senjata hebat; antaranya solat, puasa, sedekah, zikir dan doa. Yakinlah bahawa pergantungan kepada-NYA mampu mencairkan hati yang sekeras kerikil malah doa merupakan kunci kekuatan dalaman setiap insan.

Dr. Ridzwan Bakar
 RM15
Mukasurat : 320 Halaman

Acuan Minda

Posted by tenangnow on 8:59 PM



Al-Quran dan sunnah terkandung sumber ilmu. Apabila pemikiran manusia yang terbatas dipandu oleh ilmu dari ALLAH dan Rasul, ia bakal memberi suluh pemikiran dan cahaya hidup. Dalam kitab suci al-Quran ada menyatakan bahawa orang yang berilmu adalah tidak sama dengan yang tidak berilmu. Malah, Rasulullah s.a.w memberikan asas bahawa keperluan hidup di dunia memerlukan ilmu dan kehidupan di akhirat juga memerlukan ilmu.

Modal insan yang dibangunkan adalah asas yang membawa kepada perubahan. Ilmu yang memperkasa modal insan bakal melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Tunjang kepada pembangunan modal insan ialah ilmu yang integratif. Ilmu mengurus diri dan mengurus sistem adalah amat penting sebagai landasan membangunkan negara dan bangsa. Penerapan nilai-nilai Islamisasi adalah amat penting dalam merealisasikan matlamat menjana kualiti modal insan mengikut acuan kita sendiri. 

Prof Dr Sidek Baba
RM10.00
Mukasurat : 232 Halaman


Andai Itu Takdirnya

Posted by tenangnow on 8:57 PM



 
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."


Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.


"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."


Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya.
Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."


Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.


"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."


Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?


"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya.
Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir.
Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

Siti Rosmizah
RM19.90
Mukasurat : 588 Halaman

Hadirmu Takdirku

Posted by tenangnow on 8:56 PM
Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati, Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.

Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.
Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!

Alina Haizar
RM18

Isteri dan Puteri Rasullullah

Posted by tenangnow on 8:37 PM

Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan

Posted by tenangnow on 8:37 PM




Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.

Keistimewaan Produk

  • Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
  • Mengikut kaedah fonetik
  • Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
  • Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
  • Kemahiran diperkenal secara bertahap
  • Illustrasi dan kad imbasan menarik

Penulis / Penyusun Buku

Ustaz Kamal Mahyuddin Harun, yang berkelulusan BA dan MA dalam bidang Usuluddin daripada UM merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dalam pendidikan Islam dan telah menulis lebih daripada 50 tajuk buku pendidikan Islam untuk rujukan sekolah. Sekarang masih mengajar di sekolah YIK dan menjadi Imam merangkap Timbalan Pengerusi Masjid Al-Amin, Kota Bharu.
Kandungan Pakej: 4 Buah Buku, 1 CD Audio (4 buah lagu + Panduan Mengajar Efektif) dan 4 Keping Kad Imbas

Kamal Mahyuddin Harun & Zakiah Yob
RM25

Bacalah Anakku

Posted by tenangnow on 8:36 PM

 
Buku Rancangan Mengajar Bacalah Anakku ini mengandungi langkah-langkah pengajaran secara terperinci dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dilaksanakan berdasarkan susunan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku. Sukatan ini hendaklah dipakai bersama dengan buku aktiviti Bacalah Anakku iaitu Fonetik Ekspres 1 dan Fonetik Ekspres 2 serta buku Permainan Kreatif. Bagi memudahkan pengajaran guru, Rancangan Mengajar ini dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu: Kanak-kanak 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun, dan pelajar program KIA2M di sekolah rendah. Semoga buku ini dapat membantu guru-guru mengajar membaca menggunakan Bacalah Anakku dengan lebih sistematik dan berkesan.
Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
RM10
Mukasurat : 46 Halaman

Di Dunia Ada Syurga

Posted by tenangnow on 8:36 PM

Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak

Posted by tenangnow on 8:35 PM








Nani Menon
Mukasurat : 114 Halaman
RM19

Anda sering kekeringan idea dalam mengajar kanak-kanak prasekolah? Buku ini membantu guru memilih permainan, sama ada permainan dalam ataupun luar bangunan. Setiap permainan disertakan dengan senarai keperluan, peraturan permainan dan cara bermain. Terdapat juga permainan yang tidak memerlukan alat bantuan tambahan sebagai alternatif kepada guru apabila alatan sukan tidak mencukupi. Terdapat juga lagu tradisional, nasyid, puisi dan teka teki.






 

Belajar Membaca Kaedah Espress-i

Posted by tenangnow on 8:35 PM


Kini belajar membaca dan menulis semakin mudah dan menyeronokkan ! Buku ini adalah pilihan yang tepat! Memperkenalkan kaedah imaginasi dan lenggok bunyi. Tanpa perlu mengeja, dan tidak perlu memperkenalkan sebutan fonetik. Hanya berimaginasi, kuasai lenggok bunyi dan terus sebut sukukatanya! Sungguh mudah dan ekspres!  

Buku Belajar Membaca Kaedah Ekspres-i mengandungi 7 modul. Kaedah yang digunakan dapat membantu kanak-kanak yang baru belajar membaca dan mula mengenal huruf membaca dengan baik dan betul. Selain itu kaedah membaca ini dapat membantu kanak-kanak yang lambat membaca.



Ahmad Jaswadi Mohamed & Norli Madlan
 
RM 25.00
Mukasurat : 128 Halaman

Order Form

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
contact form faq verification image
Web forms generated by 123ContactForm